
Sambutan Hari Kebangsaan di Sentosa Ria 2 berlangsung meriah dalam suasana penuh keceriaan, semangat patriotik dan kebersamaan masyarakat setempat.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr Gunaraj George, turut meluangkan masa bersama penduduk bagi meraikan sambutan kemerdekaan dalam suasana penuh muhibah.
Menurut beliau, kehadiran masyarakat daripada pelbagai lapisan yang berkumpul bersama, mengibarkan Jalur Gemilang dan meraikan kemerdekaan mencerminkan semangat perpaduan yang menjadi asas kepada Malaysia MADANI.
“Melihat masyarakat daripada pelbagai lapisan berkumpul, mengibarkan Jalur Gemilang dan meraikan kemerdekaan bersama-sama benar-benar memberikan makna kepada semangat Malaysia MADANI,” katanya.
Dr Gunaraj turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan sambutan berkenaan.
Beliau berharap semangat perpaduan, keharmonian dan kejiranan yang kukuh akan terus berkembang dalam kalangan komuniti Sentosa.
“Semoga semangat perpaduan dan kejiranan yang kukuh terus mekar dalam komuniti Sentosa. Merdeka! Merdeka! Merdeka!” katanya.
Beliau turut menegaskan komitmennya untuk terus bersama masyarakat dalam membangunkan Sentosa menerusi semangat “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati – Bersama Masyarakat, Membina Sentosa.”



